Jumaat, 8 Januari 2016

Cara Memahami dan Bercakap Bahasa Urdu


Bahasa Urdu merupakan bahasa rasmi Republik Pakistan. Ia boleh difahami oleh penutur bahasa  Hindi di India dan merupakan lingua franca bagi negara-negara di benua Asia Selatan seperti India, Pakistan dan Bangladesh. Urdu juga mempunyai akar umbi dari bahasa Sanskrit, yang merupakan bahasa jenis Indo-Arya serta mempunyai kosa kata dan kebudayaan yang dipinjam dari Asia Barat dan empayar Parsi.

Dianggarkan bahawa penutur bahasa ini sebagai bahasa pertama berjumlah 240 juta orang (1991-1997) manakala seramai 165 juta sebagai bahasa kedua. Jumlah semuanya menurut bancian tahun 2006 adalah seramai 490 juta. Bahasa ini dituturkan juga di negara United Kingdom kerana ramai pendatang dari Asia Selatan di sana. 

Langkah-Langkah

1. Memahami struktur bagi pembentukan ayat 

Ia berasaskan kepada Subjek + Objek + Perbuatan. Sedangkan dalam bahasa Melayu moden, kita menggunakan struktur, Subjek + Perbuatan + Objek. Contohnya, ayat ringkas dalam bahasa Melayu moden, "Ali [subjek] pukul [perbuatan] adik [objek]", susunannya mengikut bahasa Urdu adalah, "Ali [subjek] adik [objek] pukul [perbuatan]." 

2. Mempelajari kata ganti diri

Ganti diri pertama
  • Saya meiney, mai, mere
  • Kamu tum, tumhe, tumhare, tumne, tumse 
  • Dia, ia, itu Vo, usnai, uski
Ganti diri jamak utama

Setiap kata ganti diri ini mempunyai jamak setara, yang digunakan apabila ada lebih daripada satu benda yang dirujuk oleh ganti diri tersebut. Atau apabila ganti diri tersebut merujuk kepada seseorang yang dihormati atau dari kedudukan yang tinggi, atau sekadar untuk bersopan dan rasmi:
  • Kami, kita hum, humare, humse, humsab
  • Awak āp, āpsabh, āpsabhī
  • Mereka vo, unhī, inhī, unko 
 3. Memahami kata kerja "ialah" atau "jadi"

Berikut adalah konjugasi bagi kata kerja ini dengan kata ganti dirinya: 
  • Jadi hona (infinitif)
  • Saya ialah mein hū
  • Kau ialah tum ho
  • Kami ialah hum hain
  • Awak semua ialah āp hain 
  • Dia ialah vo hain
  • Mereka ialah vo hain
Bentuk konjugasi ini adalah seperti konjugasi kata kerja bahasa Inggeris. Bentuk ayatnya adalah subjek + kosong + kata kerja. 

Gambar: Diwan-i-am, Kubu Merah 12, New Delhi, India 
Rujukan Gambar: Temporarily Lost
Rujukan

In progress

Tiada ulasan:

Catat Ulasan