Khamis, 7 Februari 2019

Sumber Bahasa Parsi

Bahasa Parsi sangat penting sekali dalam perkembangan bahasa Urdu sama ada di Pakistan mahu pun di sebelah India. Pengetahuan bahasa Parsi sebenarnya membantu seseorang itu mempelajari bahasa Urdu persuratan dan juga membantu kita jika kita terlepas ke negara-negara Asia Tengah di hulu seperti Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Iran dan China. Selain itu, bahasa ini disukai oleh penyair Pakistan terkenal iaitu Allama Iqbal dan ia dijadikan sebagai bahasa bagi lagu kebangsaan Pakistan.

Kursus Asas Bahasa Parsi

Kursus ini disediakan dan disampaikan oleh Tuan Nihal Usmani dari Orient Language Lab, Lucknow, India. Ia disediakan untuk penutur bahasa Urdu namun ia boleh dimanfaatkan oleh kita:
Kursus Bahasa Parsi

Kursus ini disampaikan oleh Syed Hussein Haider untuk penutur bahasa Urdu. Berikut adalah pelajaran-pelajaran yang boleh dimanfaatkan oleh kita:
Pelajaran Bahasa Parsi

Bahagian ini diterbitkan dalam bulan Mac 2018 oleh En. Muneeb Ahmad. Klik pelajaran berikut untuk ulangkaji.
Rujukan:

Muzik Kontemporari Pakistan


Lagu-lagu boleh jadi berbahasa Punjabi, berbahasa Siraiki atau berbahasa Sindhi jika bukan berbahasa Urdu.  Berikut adalah senarai penyanyi-penyanyi dari Pakistan. Sila klik sahaja pada nama mereka untuk mendapatkan senarai lagu-lagu nyanyian mereka.
Ucapan terima kasih kepada Coke Studio Pakistan dan juga arkib simpanan visual Youtube atas jasa baik perkongsian kesenian tidak ternilai ini kepada dunia. 
Dikumpulkan: Northern Gate
Pic: Nescafé Promotion Creamy 3 in 1

Jumaat, 8 Januari 2016

Cara Memahami dan Bercakap Bahasa Urdu


Bahasa Urdu merupakan bahasa rasmi Republik Pakistan. Ia boleh difahami oleh penutur bahasa  Hindi di India dan merupakan lingua franca bagi negara-negara di benua Asia Selatan seperti India, Pakistan dan Bangladesh. Urdu juga mempunyai akar umbi dari bahasa Sanskrit, yang merupakan bahasa jenis Indo-Arya serta mempunyai kosa kata dan kebudayaan yang dipinjam dari Asia Barat dan empayar Parsi.

Dianggarkan bahawa penutur bahasa ini sebagai bahasa pertama berjumlah 240 juta orang (1991-1997) manakala seramai 165 juta sebagai bahasa kedua. Jumlah semuanya menurut bancian tahun 2006 adalah seramai 490 juta. Bahasa ini dituturkan juga di negara United Kingdom kerana ramai pendatang dari Asia Selatan di sana. 

Langkah-Langkah

1. Memahami struktur bagi pembentukan ayat 

Ia berasaskan kepada Subjek + Objek + Perbuatan. Sedangkan dalam bahasa Melayu moden, kita menggunakan struktur, Subjek + Perbuatan + Objek. Contohnya, ayat ringkas dalam bahasa Melayu moden, "Ali [subjek] pukul [perbuatan] adik [objek]", susunannya mengikut bahasa Urdu adalah, "Ali [subjek] adik [objek] pukul [perbuatan]." 

2. Mempelajari kata ganti diri

Ganti diri pertama
  • Saya meiney, mai, mere
  • Kamu tum, tumhe, tumhare, tumne, tumse 
  • Dia, ia, itu Vo, usnai, uski
Ganti diri jamak utama

Setiap kata ganti diri ini mempunyai jamak setara, yang digunakan apabila ada lebih daripada satu benda yang dirujuk oleh ganti diri tersebut. Atau apabila ganti diri tersebut merujuk kepada seseorang yang dihormati atau dari kedudukan yang tinggi, atau sekadar untuk bersopan dan rasmi:
  • Kami, kita hum, humare, humse, humsab
  • Awak āp, āpsabh, āpsabhī
  • Mereka vo, unhī, inhī, unko 
 3. Memahami kata kerja "ialah" atau "jadi"

Berikut adalah konjugasi bagi kata kerja ini dengan kata ganti dirinya: 
  • Jadi hona (infinitif)
  • Saya ialah mein hū
  • Kau ialah tum ho
  • Kami ialah hum hain
  • Awak semua ialah āp hain 
  • Dia ialah vo hain
  • Mereka ialah vo hain
Bentuk konjugasi ini adalah seperti konjugasi kata kerja bahasa Inggeris. Bentuk ayatnya adalah subjek + kosong + kata kerja. 

Gambar: Diwan-i-am, Kubu Merah 12, New Delhi, India 
Rujukan Gambar: Temporarily Lost
Rujukan

In progress

Isnin, 8 September 2014

Sumber Bahasa Urdu


Di sini terdapat beberapa topik ringkas untuk peminat bahasa Urdu (Hindustan) yang boleh digunakan untuk tambahan. Sila klik di topik-topik berikut:
    Source Pic: Leaving a Son with Nanga Parbat, the Dawn, 15 October 2015 (online)
    Dikumpulkan: Northern Gate

    Urdu Kī Majlis


    Nīche meṃ Urdu ki Majlis ap kī tujh ke lae:
    Mein jāntā hūṃ ke mujhe koi ilm nahiṃ hai. To yeh safha sirf apne lae vaqf hai.
     
    Mukhlas: Ap kā pūtā
    Tasvir: Intermittent Snowfall to continue in Gigit-Baltistan Hill, Daily Times, 6 Jan 2017 (online)